Woman Special

Pelan Khas Untuk Wanita


Ia adalah satu pelan istimewa khas untuk wanita sahaja.

Perbezaannya yang utama dengan pelan yang lain ialah ia menyediakan perlindungan ke atas penyakit kanser khusus dan penyakitwanita yang lain. Selainnya adalah sama dengan pelan simpanan kami yang lain.

Memandangkan wanita lebih banyak menanggung komplikasi yang berbeza berbanding kaum lelaki, sebuah pakej yang menyeluruh diperlukan bagi disesuaikan dengan minat serta gaya hidup mereka. Pelan ini melindungi peserta dari dari kanser khusus buah dada, serviks uterus,uterus, ovari, tiub fallopio, vagina dan pulpa. Penyakit wanita yang lain merangkumi SLE (dengan Lupus Nefritis), Artritis Reumatoid (dengan komplikasi), pembedahan pembentukan semula muka (atas sebab2 kemalangan), pengrafan kulit (disebabkan lecuran & kanser kulit), Karsinoma-in-siyu wanita dan surgeri pembentukan semula buah dada (atas sebab2 kemalangan).

Selain dari itu, anda layak untuk mendapat sebahagian dari pampasan (mengikut peratusan tertentu) dari had dana jika berlaku peristiwa berikut;
  • perkahwinan
  • kelahiran anak
  • dibuang kerja
  • kematian suami
Walaupun begitu, ia tertakluk kepada jumlah dua (2) peristiwa sepanjang hayat setiap sijil.

Pelan ini juga mengandungi Faedah Kehamilan jika anda mengalami apa-apa komplikasi kehamilan dan/atau anak peserta mengalami apa-apa penyakit kongenital bayi.

AMBIL PERHATIAN! Kesemua faedah di atas adalah tertakluk kepada satu (1) tahun tempoh menunggu dari tarikh mula sijil dikeluarkan.

Pelan asas di atas ditawarkan dengan jumlah faedah Had Sepanjang Hayat yang telah ditetapkan iaitu;
  • RM50,000 - Dengan Faedah Mengandung ATAU Tanpa Faedah Mengandung
  • RM100,000 - Dengan Faedah Mengandung ATAU Tanpa Faedah Mengandung

Berminat? Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut.