Retirement

Pelan Tabungan Jangka Panjang



Ia adalah satu pelan khas untuk membina dana terutamanya untuk hari persaraan kelak.

Berfungsi sebagai satu jaminan kewangan untuk menampung kos sara hidup bukan setakat untuk diri anda seorang, malah keluarga anda juga mendapat faedahnya.

Sebagai contoh, Ahmad berumur 30 tahun, selain dari simpanan KWSP beliau, ingin mengumpul dana tambahan sebanyak RM200,000* tatkala bersara pada usia 55 tahun nanti. Maka Ahmad akan menabung sebanyak RM667 setiap bulan selama 25 tahun akan datang untuk memastikan matlamat beliau dan keluarga tercapai.

Walaupun begitu, jika apa-apa terjadi kepada beliau dalam tempuh masa 25 tahun tersebut, adakah ia memberi kesan pada keluarga beliau? Jawapannya ialah ia bergantung di mana Ahmad menabung.

Jika Ahmad menabung di akaun simpanan biasa, maka simpanannya terhenti setakat mana sebelum musibah tersebut menimpa beliau. Sebagai contoh, jika beliau menyimpan setakat tahun ke-10, maka simpanannya ialah RM80,040* (RM667 x 120 bulan). Ambil perhatian bahawa caruman simpanan KWSP juga telah terhenti apabila Ahmad juga terhenti pada waktu ini.

Manakala jika Ahmad menabung di dalam pelan simpanan kami, tatkala musibah menimpa beliau di tahun ke-10, maka Ahmad ataupun keluarga beliau akan mendapat RM200,000* pada tahun tersebut. Berbeza bukan?

Dengan kata lain, hasrat Ahmad dan keluarga beliau masih dapat dicapai.

New Straits Time 12-Mar-2007

Anggaplah pelan simpanan ini sebagai salah satu alternatif untuk mencapai matlamat simpanan anda dan keluarga tersayang.

Selain dari itu, anda juga berpeluang untuk meningkatkan pulangan untuk simpanan KWSP anda tanpa melibatkan wang tunai tambahan. Sepanjang 3 tahun lepas, pihak KWSP hanya mampu memberikan pulangan sebanyak 5.80% (2007), 4.50% (2008) dan 5.65% (2009). Bagaimana jika saya katakan bahawa anda berpeluang meraih jumlah pulangan yang lebih baik dari itu?

Ingin tahu lebih lanjut mengenai pelan simpanan kami? Hubungi saya untuk keterangan lanjut.


____________________________________________

*angka yang digunakan tidak mengambil kira kadar inflasi, keuntungan atas simpanan dan Net Present Value (NPV) bertujuan untuk memudahkan pengiraan.