Priority

Bagaimana Hendak Bermula?

Untuk memulakan sesuatu perjalanan, kita mestilah terlebih dahulu memastikan beberapa maklumat penting seperti berikut;
  • di mana kedudukan kita sekarang?
  • ke manakah destinasi yang hendak dituju?
  • bagaimanakah kita akan menuju ke destinasi tersebut?
  • bilakah kita patut sampai ke destinasi tersebut?
  • siapakah yang akan kita bawa bersama ke tempat tersebut?
  • berapakah kos perjalanan tersebut?
  • apakah risiko perjalanan tersebut?

Dalam pengurusan kewangan, konsep yang sama juga digunapakai. Mari kita lihat bagaimana ia boleh dilakukan.

Mulakan dengan menyenaraikan kesemua aset dan liabiliti (tanggungan/hutang) yang anda ada sekarang beserta dengan nilai semasa masing-masing. Jika jumlah nilai aset melebihi jumlah nilai liabiliti, maka anda dalam kedudukan yang baik untuk meningkatkan kedudukan kewangan anda ke tahap yang lebih baik. Jika jumlah nilai liabiliti melebihi jumlah nilai aset, ini menunjukkan kedudukan kewangan anda dalam keadaan sakit. Sesuatu harus dilakukan untuk mengubati kedudukan kewangan ini.

Kemudian, buat satu senarai setiap pendapatan dan perbelanjaan bulanan anda.

Secara ringkasnya, ada 3 peringkat kewangan peribadi yang telah dikenalpasti;

Peringkat Pertama (Perlindungan/ Protection)

Keperluan asas ini umpama satu perisai untuk melindungi kedudukan kewangan sedia ada terutamanya apabila berhadapan dengan sesuatu bencana. Tiga peristiwa besar yang lazimnya akan memberi kesan terhadap kewangan seseorang itu adalah apabila berlakunya kematian, keilatan kekal (lumpuh, hilang anggota badan dsb) dan penyakit kritikal (kanser, jantung, dsb).

Pelan yang sesuai untuk kategori ini ialah;

Pelan Perlindungan Pendapatan
Pelan Perlindungan Kesihatan
PelanPerlindungan Hutang


Peringkat Kedua (Simpanan)

Peringkat ini hanya sesuai dilakukan apabila Peringkat Pertama tadi telahpun dipenuhi.

Pelan yang sesuai untuk kategori ini ialah;

Pelan Simpanan Pendidikan Anak
Pelan Simpanan Untuk Persaraan

Peringkat Ketiga (Pelaburan)

Peringkat ini hanya sesuai untuk mereka yang sudah memenuhi Peringkat Pertama dan Kedua. Ini kerana seseorang mestilah dalam keadaan kewangan yang mantap sebelum mengambil sebarang risiko pelaburan.

Ini termasuklah pelaburandi Amanah Saham/ UnitTrust, Bursa Saham, Bon, dsb.


Jadi, di manakah kedudukan kewangan anda sekarang? Masih tak pasti? Hubungi saya untuk keterangan lanjut.