Protection

Pelan Perlindungan Keluarga

Perlindungan yang dimaksudkan di sini ialah perlindungan dari segi kewangan. Ia bertujuan melindungi keluarga dan tanggungan anda daripada kesulitan kewangan tatkala anda ditimpa musibah.

Sebagai contoh, Ramli berusia 30 tahun dan sudah berumahtangga serta mempunyai  2 orang anak. Ramli bergaji RM2,500 sebulan manakala isterinya, Siti, juga bekerja dengan gaji yang sama. Namun begitu, perbelanjaan isirumah mereka mencecah RM4,000 sebulan. Perbelanjaan ini termasuklah ansuran kereta, rumah, kad kredit dan segala keperluan asas.  Selebihnya, disimpan di Tabung Haji.

Rumahtangga mereka aman damai sehinggalah Ramli ditimpa penyakit tulang belakang yang menyebabkan beliau lumpuh untuk satu tempoh yang lama. Keadaan ini juga menyebabkan Ramli tidak mampu bekerja lagi. Mulai hari itu, Siti sajalah yang terpaksa menampung kehidupan keluarga mereka. Walaupun begitu, jumlah pendapatan keluarga mereka kini telah susut daripada RM5,000 sebulan (Ramli RM2,500,Siti RM2,500) kepada RM2,500 sahaja (Siti sahaja). Keadaan ini menyebabkan kedudukan kewangan mereka dalam keadaan defisit sebanyak -RM1,500 sebulan (pendapatan RM2,500 - perbelanjaan RM4,000). Dan kini tiada sebarang simpanan dapat dilakukan.

Apakah yang akan terjadi? Sebenarnya ia bergantung di mana Ramli dan Siti menyimpan.

Jika mereka menyimpan 100% lebihan pendapatan mereka setiap bulan ke dalam akaun simpanan bank atau tabung haji (seperti contoh di atas),maka keadaan mereka akan bertambah buruk apabila duit simpanan mereka habis tidak lama lagi. Ini kerana simpanan mereka terpaksa dikeluarkan untuk menampung defisit -RM1,500 setiap bulan.

Namun, jika mereka menabung sebahagian lebihan pendapatan tadi dalam pelan dana perlindungan kami, maka sudah tentulah mereka tak perlu usik simpanan mereka. Malah segala perbelanjaan tersebut dapat ditanggung oleh dana khas kami. Dengan kata lain, keadaan kewangan mereka tak tergugat sama sekali. Dan mereka boleh fokus kepada penyembuhan penyakit Ramli.




Ambil perhatian! Tidak semestinya hanya si suami yang mengalami musibah tersebut. Bagaimana pula jika ia berlaku ke atas pihak isteri? Bukankah lebih baik jika mereka berdua menyertai pelan ini bersama-sama?

Bagaimana pula jika ibubapa serta adik-beradik yang lain masih lagi bergantung kepada anda?




Alangkah bersyukurnya keluarga anda jika anda masih lagi dapat menyediakan keperluan untuk mereka walaupun anda tidak berupaya untuk bekerja lagi ataupun pergi meninggalkan mereka untuk selama-lamanya.


Keluarga Dapat Bantuan Apabila Menyertai Pelan Perlindungan Kami

Akhir sekali, marilah kita hayati keperluan ini dari sudut agama;

“Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antaramu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendak sendiri) maka tidaklah kamu berdosa tentang apa yang diperbuatnya bagi dirinya secara ma'ruf. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
(Surah Al-Baqarah: 240)

"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta"
Hadis riwayat Al-Bukhari


Ingatlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara;
  • SIHAT sebelum datangnya SAKIT
  • LAPANG sebelum datangnya SIBUK
  • SENANG sebelum datangnya SUSAH
  • MUDA sebelum datangnya TUA
  • HIDUP sebelum datangnya MATI

Anda mungkin boleh mengatakan "Saya tak memerlukannya". Tapi adakah keluarga serta tanggungan anda boleh mengatakan "Kami tak memerlukannya"?


Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai pelan perlindungan ini, sila hubungi saya untuk keterangan lanjut.

________________________________________________

*angka yang digunakan tidak mengambil kira kadar inflasi, keuntungan atas simpanan dan Net Present Value (NPV) bertujuan untuk memudahkan pengiraan.