Child Education

Pelan Pendidikan Untuk Anak


Pelan ini membantu ibubapa dalam membuat perancangan untuk membiayai kos universiti anak-anak mereka.

Bukan tak boleh mengharapkan biasiswa kerajaan ataupun dari pihak swasta. Melainkan anak-anak anda tergolong dalam kategori pelajar cemerlang dalam negara, peluang untuk mendapatkan biasiswa adalah amat tipis sekali. Dalam pada itu, sekarang ini didapati pelajar-pelajar cemerlang yang mendapat 8A dalam SPM pun merayu-rayu untuk masuk universiti awam. Bantuan biasiswa juga sudah jarang kedengaran. Apa yang popular sekarang ialah bantuan "pinjaman" seperti PTPTN. Bayangkan keadaan kewangan anak-anak kita apabila tamat pelajaran kelak. Bermula dengan hutang di tangan!

Adakah anak-anak kita nanti akan jadi begitu juga pada masa akan datang? Adakah anak-anak kita akan merayu-rayu untuk mendapatkan bantuan "pinjaman" hanya kerana kita sebagai ibubapa tiada membuat peruntukan kewangan untuk mereka melanjutkan pelajaran?

Perlu dinyatakan di sini bahawa selain dari yuran universiti itu sendiri, kos untuk melanjutkan pelajaran adalah juga termasuk kos penginapan dan perbelanjaan harian di sepanjang pengajian mereka.

Oleh itu, marilah kita mulakan simpanan untuk pendidikan anak-anak dari sekarang.

Di antara faedah pelan simpanan pendidikan kami ialah ia dapat menjamin anak-anak anda mendapat pembiayaan kos yuran dan sara hidup di universiti nanti walaupun sesuatu musibah menimpa anda.

Mari kita lihat contoh En Azam. Beliau merancang satu simpanan berkala untuk menampung kos pendidikan anak mereka, Angah 5 tahun, bila masuk universiti nanti. Setiap bulan En Azam memperuntukkan sebanyak RM250 untuk tujuan ini. Beliau menjangkakan dapat mengumpul sekurang-kurangnya RM39,000 apabila Angah mencecah umur 18 tahun kemudian.

Hari tak selalu cerah. Ditakdirkan pada tahun ke-6 sejak dia mula menyimpan, tiba-tiba En Azam ditimpa kemalangan dan mengakibat diri beliau lumpuh. Keadaan ini menyebabkan beliau tak dapat bekerja lagi. Oleh kerana En Azam tiada pendapatan lain, dia tidak dapat meneruskan simpanan untuk Angah.

Apakah kedudukan simpanan pendidikan untuk Angah?

Ia sebenarnya bergantung di mana En Azam membuat simpanan tersebut. Jika dia meletakkan kesemuanya di akaun simpanan di bank,  maka simpanan yang dibuat telah terhenti di tahun ke-6 dan hanya berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM18,000 sahaja (RM250 x 12bln x  6thn). Manakala jika dia menabung dalam pelan pendidikan kami, maka pihak kami akan menguruskan bayaran bulanan yang dirancang oleh En Azam iaitu dengan meneruskan simpanan sebanyak RM250 sebulan sehinggalah Angah berumur 18 tahun seperti yang dirancang. Dengan cara ini, matlamat En Azam dan juga anaknya, Angah, berjaya dicapai.


*Kos Pendidikan Universiti Dalam Malaysia
* Kos Semasa – Sumber Berita Harian, 2 Ogos 2001
* Kos Masa Hadapan – Andaian kadar Inflasi Kos Pendidikan sebanyak 4% setahun berdasarkan tempoh 17 tahun dari sekarang.


Elakkan bergantung pada bantuan kerajaan semata-mata

Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai pelan pendidikan ini, hubungi saya untuk keterangan lanjut.

_______________________________________________________________________

*angka yang digunakan tidak mengambil kira kadar inflasi, keuntungan atas simpanan dan Net Present Value (NPV) bertujuan untuk memudahkan pengiraan.